Personal

Terima Kasih Adik

Assalamualaikum semua.

Dengan bangga aku nak bagitahu yang berat aku naik 5kg. haha.

Ok dah start semula diet. Jangan risau.

Impian untuk menjadi blogger fitness akan tercapai.

Tajuk kali ni adalah “adik”. Ya “adik”.

Aku tak ada adik sebab aku anak bongsu.

Jadi, kenapa dengan adik?

Mai aku nak cerita sat…

Pada tahun 2013, Allah datangkan seorang sahabat bernama Nur Atiqah Binti Tajul Arif.

Nama kami sama. Dulu aku panggil dia Tonah. Nama gelaran dia. Nama aku pula, Datin. Sudahnya tak ada panggil Atiqah / Atikah.

Kenapa dengan beliau?

Bagi aku, beliau sangat istimewa.

Mula-mula kenal, biasa je. Tak rasa apa pon istimewa dia.

Tapi bila tiba-tiba satu hari tu dia ada tegur aku. Teguran yang sangat buat diri ini sentap.

Aku ni bukannya baik. Dulu lah. Sekarang in shaa Allah dah insaf.

Dia tegur apa?

Waktu tu dekat pantri, dia tengah nak solat, aku pula basuh pinggan.

Dia tegur “saya tak pernah nampak awak solat”

Berdesup kot masa tu. Sentap gila kot. Aku senyap je. Terasa sangat-sangat.

Balik rumah tu, aku geram lah jugak. Dalam hati, “kau siapa nak soal macam tu. nak tegur macam tu”

Tiba-tiba aku senyap, fikir dan muhasabah diri. Aku dapat jawapan.

“Allah hadirkan beliau untuk aku ke jalan yang benar”

Sikit-sikit aku berubah.

Aku dah solat.

Sejak tu aku mula rapat dengan dia.

Sejak tu aku panggil dia adik.

Sejak tu aku dah jumpa sahabat yang akan sama-sama ke syurga.

Mengenai adik.

Adik ni Penolong Pegawai Pertanian, MBSA. Dia tak ada ayah. Ayah dia meninggal waktu dia belajar dekat Sarawak. Yang aku sedih, dia tak dapat tengok wajah ayahnya buat kali terakhir.

Kalau ada ceramah ke, kemudian ustaz tu doa sebut nama ibu ayah. Mesti dia menangis. Aku tengok dia menangis, dengan aku sekali menangis.

Adik ni kadang-kadang perangai dia pelik. Haha. Kadang-kadang ok, kadang-kadang, boleh buat sakit hati. Tapi itu la dia. Adik.

Banyak lagi nak cerita mengenai adik.

Nanti aku cerita lagi tentang adik.

Terima kasih adik.

 

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts

6 comments

    1. hehe. tengah rajin menaip. tu terpanjang artikel. tak suka sebenarnya menaip panjang2.

      dah edit gambar. tadi tak sempat upload gambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge