2019 Road To Ironlady Fitness Personal Projek 30.6

Projek 30.6

Assalamualaikum.

Diet korang macam mana time raya ni?

Dah ke laut kan?

Tahu dah…

Aku dah insaf.

Sebab projek 30.6 sedang berlangsung.

Apa itu Projek 30.6?

Projek 30.6 adalah projek kurus aku. Projek ini bermula pada 30.6.2017 . Maka dengan 30.6 ini, ia bermaksud aku akan turun 30kg dalam 6 bulan. Projek ini akan tamat pada 30.12.2017.

Doakan aku berjaya.

Berat aku pada 30.6.2017 ialah 105.7kg .

Apakah persiapan aku untuk projek 30.6 ni?

  1. Fokus diet
    Aku tak buat diet atkin ke, ataupun sepenuhnya eat clean. Diet aku senang. Kurangkan makan. Makan malam kena makan sebelum pukul 7 malam. Kalau ada open house malam, sebelum tidur kena disiplin buat sit up 30 kali. Ada satu masa aku akan focus dengan eat clean. Nanti aku kongsi menu diet aku.
  2. Exercise
    Satu hari kena buat senaman. At least ada. Dapat 10 minit pon jadi lah. Janji dapat keluarkan peluh. Nanti aku akan update juga exercise apa aku lakukan.
  3. Disiplin
    Ini paling penting. Tak disiplin, kau akan gagal.
  4. Target Misi
    Misi aku sebenarnya kan, ok lah aku jujur. Aku ni nak femes. Aku nak masuk TV, surat khabar. Paling penting sekarang, aku nak dekat IG aku ramai follower. haha. Lepas tu aku akan busy dekat whatsapp sampai tak ter REPLY. ok tu je la misi aku sekarang.
  5. Istiqomah
    Ini paling susah sebenarnya. Aku akan cuba sebaik mungkin. Doakan aku!
Aku akan pastikan dalam 6 bulan, aku dah boleh naikkan badan aku.

Last sekali aku nak bagitahu ni.

Bila aku dah berjaya dengan projek 30.6 ni, aku akan keluarkan satu buku. Tajuk buku tu “30.6”

Dalam tu pengisian dia adalah mengenai projek aku ni.

Doakan aku lagi.

Selamat maju jaya kepada aku.

 

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge