Fitness Hafazan Personal Projek 30.6

22 Surah Untuk Dihafaz

Assalamualaikum.

Diet ok tak?

Aku dah turun 1.4kg dalam 4 hari. Ok la tu. Open house tak habis-habis. Tu lambat turun. Yang penting sabar dan istiqomah.

Kadang-kadang diet aku lari jugak. ha ha. Apa pon, 30.12.2017 dah turun 30kg.

Berbalik pada tajuk.

Kini aku dalam misi “Projek 30.6” , dalam masa yang sama aku dan adik sedang menyahut cabaran menghafaz 22 Surah iaitu dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas.

Nampak senang kan, tapi…. anda cuba. Mari kita sama-sama menghafaz.

18 tahun dulu aku dah hafaz semua sebab aku masuk pertandingan hafazan. Dapat no. 3.

Tapi sekarang bila tengok balik, Astaghfirullah, banyak aku dah lupa.

Ni mesti sebab aku banyak tengok maksiat, banyak mengumpat, dulu tinggal solat. Hati pon dah hitam.

Semoga aku diberi lembut dan terang hati untuk senang aku menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran.

2hb Ogos 2017 akan berlangsung pertandingan hafazan. Doakan aku dan adik.

Oh ya, siapa yang tak kenal adik, boleh baca SINI

22 Surah untuk Cabaran Hafazan

  1. Ad-Dhuha
  2. Al-Sharh
  3. At-Tin
  4. Al-Alaq
  5. Al-Qadr
  6. Al-Bayyinah
  7. Az-Zalzalah
  8. Al-Adiyat
  9. Al-Qari’ah
  10. At-Takathur
  11. Al-Asr
  12. Al-Humazah
  13. Al-Fil
  14. Quraysh
  15. Al-Ma’un
  16. Al-Kawthar
  17. Al-Kafirun
  18. An-Nasr
  19. Al-Masad
  20. Al-Ikhlas
  21. Al-Falaq
  22. An-nas

Nanti bila aku dah hafaz semua ni, aku akan menghafaz Surah lain pula.

Supaya dengan hafazan ni, dapat membantu aku di alam akhirat nanti.

Doakan kami!

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge