Personal Travel

Sibuk, Terlalu Sibuk

Lama tak buka blog sendiri, apatah lagi nak blogwalking.

Musim raya ni, sibuk dengan rumah terbuka.

Dengan aku buat rumah terbuka sendiri.

Tambahan ulang alik ke Singapura buat masa ni.

Bila terlalu sibuk, diet sekarang dah ke laut cina timur barat dan barat timur. Haha.

Minggu depan aku fokus balik.

Berat makin naik dan naik. Hari tu turun cantik dah.

Semoga aku dapat target projek 30.6 tu.

Sebab-sebab aku sibuk

  1. Buat rumah terbuka
    Minggu lepas aku buat rumah terbuka. Maaf aku tak menjemput yang tengah baca ni. Huhu.Tahun depan aku jemput ya.Alhamdulillah rumah terbuka aku berjalan dengan lancar. Cuma penat sikit. Penat sebab aku handle sengsorang. Semua keluarga aku kat Singapore.

        Tetamu pula lebih dari 100 orang. Masya Allah. Tu yang penat. Alhamdulillah ada kawan-kawan tolong. Terima kasih tak terhingga kepada #myadik kerana banyak membantu.

  2. Balik Singapore
    Untuk pengetahuan semua, makcik aku (adik mak) kini sedang kritikal. Doktor cakap tak sampai sebulan dia boleh hidup. Tapi semua dari Allah. Kita hanya doa yang baik-baik.Habis saja rumah terbuka, aku terus balik Singapore. Dengan penat tak hilang, tapi bila dapat jumpa makcik. Penat tu hilang.

  3. Siapkan kerja sebelum bercuti
    In shaa Allah awal bulan depan aku akan bercuti ke ……….Haa. Rahsia. Siapa dapat teka, aku bagi hadiah.Bila dah bercuti panjang ni, kita kena lah siapkan kerja dulu.

Tu yang aku sangat-sangat sibuk sekarang ni.

Doakan segalanya dipermudahkan ya

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge