Personal

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Lama aku dah tak update.

Dengan entry sebelum ni yang aku terlalu sibuk. Dan aku masih sibuk.

Minggu lepas aku bercuti ke Perth, Australia. Nanti aku update mengenai percutian aku ya.

Dalam tika aku sedang bergembira di sana, aku dapat berita di mana makcik aku meninggal dunia.

Arwah Ngah bersama mak. Ngah yang pakai tudung kelabu.

Makcik yang aku sangat rapat. Kalau aku balik Singapore, aku akan duduk di rumah beliau.

Kami panggil dia “ngah”. Ngah merupakan adik mak aku.

Beliau meninggal dunia pada 4 Ogos 2017 jam 7:15PM.

Kepada pembaca blog ni, minta sedekahkan Al-Fatihah buat makcik saya yang bernama Sa’adiah Binte Ahmad @ Ali.

 

Al-Fatihah.

 

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge