Biodata

Siapa Datin Tyka?

Datin Tyka ialah seorang yang gemuk. Tetapi beliau dah mula sedar bahawa gemuk itu tidak bagus untuk masa depannya. Jadi beliau sudah mula insaf. Sila bagi sokongan kepada beliau.

Keterangan Datin Tyka

Nama Sebenar : Siti Atikah Binti Haji Mohamed Jamil

Nama glamour : Datin Tyka

Asal : Shah Alam, Selangor, Malaysia

Umur : 28 tahun

Tarikh Lahir : 1 Disember 1989

Pengalaman dalam dunia blog : 14 tahun (sejak tahun 2003)

Kelayakan : Diploma in Banking, BBA (Hons) in Finance, Masters in Customer Service. Coming soon PhD (kalau rajin)

Warna kegemaran : Hitam dan merah

Mengenai Datin Tyka

Beliau bukan lah isteri kepada mana-mana Datuk, Dato, Atok. Cuma, nama femes saja. Walaupun ada yang kata beliau poyo sebab “datin” lah konon, tapi beliau tidak kisah semua itu. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi bagi beliau, “datin” itu senang nak bagi orang luar ingat siapa itu “Datin Tyka”.

Pengalaman Datin Tyka di dalam dunia blog

Beliau sudah lama berblog. Cuma tak konsisten. Kalau konsisten, mungkin dah kaya dan femes kot.
Beliau mula berblog pada tahun 2003, iaitu 14 tahun yang lepas. Beliau bukan lah femes. Beliau tidak mengejar semua itu. Bagi beliau, tujuan untuk berblog ni untuk mendapatkan ilmu.

Beliau mulakan blog dalam wordpress.  Beliau sudah mahir dalam wordpress. 14 tahun beliau bersahabat dengan wordpress.

Beliau blogger yang biasa-biasa. Bukan blogger yang jenis review. Mungkin satu hari nanti. Kalau rajin.

Beliau blogger yang suka buat eksperimen. Eksperimen dari segi coding untuk wordpress. Kalau beliau rajin update entry, dia update lah tu.

Itu sahaja dari Datin Tyka. Jika ada apa-apa soalan, boleh hubungi beliau di SINI.

Datin Tyka

Clinic Manager in Chiropractic First Group Malaysia . Masters in Customer Services. Ex Majlis Sukan Pelajar UiTM Jengka (2008-2010) . Ex Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat (2011-2012) . Alumni Komander Kesatria UiTM Pahang .

More Posts